Skatepark Kiara dibuka semula - Utusan Malaysia

Skatepark Kiara dibuka semula

Peminat sukan ekstrem sebelum ini kehilangan arah apabila tiada tempat latihan yang sistematik dengan pencarian bakat baharu turut terbantu selepas Kompleks Sukan Ekstrem Kiara ditutup operasinya pada 2019.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir dua tahun lebih tidak beroperasi akhirnya Kompleks Sukan Ekstrem Kiara atau dikenali sebagai Skatepark Kiara akan dibenarkan beroperasi semula. 

Peminat sukan ekstrem sebelum ini kehilangan arah apabila tiada tempat latihan yang sistematik dengan pencarian bakat baharu turut terbantu selepas ditutup operasinya pada 2019.

Jurulatih pembangunan negara, Joseph Romey Dures ketika ditemui berkata, pembukaan semula Kiara Skatepark itu memberi nafas baru buat peminat sukan ekstrem di Malaysia dan kini boleh memasang impian untuk beraksi di temasya Olimpik satu hari nanti selepas ia mula akan dipertandingkan di Paris 2024. 

“Saya terkejut dan gembira apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu membuat tinjauan di Kiara Skatepark dan perkhabaran dengan lokasi ini akan dibuka semula kepada umum memang satu yang menggembirakan. 

“Selalunya peminat sukan ini akan pergi bermain di jalan-jalan ataupun di lokasi papan selaju di Shah Alam dan Cyberjaya.

“Kalau tempat ini dibuka semula, saya amat kita akan dapat cungkil ramai bakat yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa,” katanya. 

Terdahulu Faizal membuat tinjauan kemajuan projek pengubahsuaian gelanggang papan selaju selepas ia ditutup pada 2019 bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. 

Acara papan selaju juga pertama kali akan dipertandingkan di pentas Olimpik Paris 2024 membabitkan empat kategori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya