fbpx

Sindiket samun kedai emas tumpas, 23 individu ditahan

ABD. JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK : Sindiket samun kedai emas didalangi Geng [email protected] tumpas selepas polis menahan  23 individu termasuk dua wanita dalam beberapa serbuan di Lembah Klang membabitkan kerugian lebih RM879,000.

Menerusi Op Dulang, kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun itu  ditahan pada 12 hingga 21 September lalu di beberapa lokasi di Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, tujuh suspek berperanan melakukan samun, enam sebagai pembeli barangan kemas hasil samun, dua suspek menyimpan barangan kemas dan lapan lagi adalah rakan jenayah.

“Modus operandi kumpulan ini melakukan samun ke atas kedai emas dengan bersenjatakan parang, kapak dan tukul besi.

“Ahli kumpulan berpura-pura sebagai pelanggan dan membuat pemerhatian ke atas kedai emas yang akan dijadikan sasaran bagi menentukan kelemahan yang ada di premis terbabit,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata, suspek berkenaan juga menggunakan dua motosikal yang sama dan menukarkan ‘cover set’ motosikal serta membakar pakaian yang dipakai selepas melakukan samun.

“Susulan tangkapan ini, polis merampas enam ketulan emas, empat rantai leher emas, dua rantai tangan emas serta satu rantai kaki emas yang kesemuanya bernilai lebih RM193,479 serta barang-barang berkaitan dipercayai digunakan bagi tujuan samun terbabit.

“Mereka ditahan kerana terbabit dalam kes samun di empat kedai emas di Setapak, Kepong, Gombak dan Seri Kembangan bermula Mei lalu,”jelasnya.

Dalam pada itu, Abd. Jalil berkata, polis sedang mengesan dua lagi suspek masih bebas dikenali sebagai Boy Selayang.

Turut dikesan seorang lagi lelaki dikenali Atai yang turut dipercayai terlibat dalam kumpulan berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI