MUMBAI: Pelakon terkenal, Siddharth Shukla meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke Hospital Cooper oleh ibu dan dua adik beradik perempuannya, semalam waktu India.
Lapor media tempatan, kematiannya telah disahkan salah seorang doktor di hospital berkenaan.
Siddharth membuat kemunculan awal sebagai pelakon dengan memegang peranan utama dalam rancangan Babul Ka Aangann Chootey Na.
Pada 2014, Siddharth membuat penampilan sulung dalam arena filem Bollywood menerusi Humpty Sharma Ki Dulhania arahan sutradara terkemuka, Karan Johar.