Setiap kementerian mesti bergerak proaktif, buktikan pencapaian - PM

Setiap kementerian mesti bergerak proaktif, buktikan pencapaian – PM

ISMAIL Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumahnya kerana menjalani kuarantin kendiri. - FOTO FB PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

Perdana Menteri turut mengingatkan para menteri Kabinet dengan setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari. 

“Maka tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang dilalui rakyat sebelum ini.

“Segala bantuan yang diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri.

Mesyuarat berkenaan antara lain turut memberi penekanan utama berhubung status terkini jangkitan Covid-19  di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya