Seri Paduka berangkat rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 - Utusan Malaysia

Seri Paduka berangkat rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang bermula hari ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan selepas sambutan ulang tahun ke-62 Parlimen itu, dijadual menumpukan isu pemulihan negara susulan penularan pandemik Covid-19 serta pakej bantuan yang disediakan untuk kelangsungan hidup rakyat.

Mesyuarat 17 hari sehingga 12 Oktober ini diadakan selepas suhu politik kembali reda dengan penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri, juga bakal menyaksikan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN