PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 88 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 89 kes sebelum ia berubah kepada 107 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 8 pagi hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my.
Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan sebanyak 208 kes berbanding kelmarin, 240 kes sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,143 kes.
Sebanyak 64 daripada 208 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,232 kes.
Sebanyak 978 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 565 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 9,185 orang.
Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor kembali mencatatkan kematian dilaporkan 76 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 9 kes diikuti Johor (30/19), Pulau Pinang (30/13), Sabah (22/12), Kedah (12/6), Kelantan (9/5), Perak (8/5), Terengganu (7/3), Pahang (4/4), Kuala Lumpur (4/1), Perlis (4/1), Sarawak (2/6) dan Melaka (0/2),
Bagaimanapun, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.
Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 12,434 kes berbanding semalam, 11,332 kes sekali gus diatasi 17,000 kes sembuh.
“Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sembilan kluster Covid-19 daripada 15 kluster, hari ini, dengan bakinya, kluster komuniti manakala Kelantan merekodkan jumlah yang terbanyak,” katanya. – UTUSAN