Saya terima RM1.1 juta dari Najib - Ahmad Maslan

[Parlimen]: Saya terima RM1.1 juta dari Najib – Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui beliau menerima RM1.1 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membahaskan mengenai Akta Dana Politik, beliau menganggap dirinya sebagai mangsa kerana dana politik tidak diaktakan dan meluahkan rasa lega kerana dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mahkamah.

Bagaimanapun, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mempersoalkan Ahmad Maslan mengapa beliau membayar kompaun RM1.1 juta jika beliau bukan seorang mangsa.

“Saya telah ditawarkan kompaun pada Oktober 2019 tetapi saya lawan kerana ada yang dikompaun RM50,000 iaitu 50 kali ganda oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya rasa Yang Berhormat Langkawi tidak tahu tentang perkara itu.

“Macam mana boleh 50 kali ganda kompaun, ada orang kena RM100,000, itu 25 kali ganda, maka saya lawan pada ketika itu. Tapi saya melihat lambat betul proses, jadi saya mengaku kepada SPRM saya terima RM1.1 juta. Saya tidak mengaku terima RM2 juta,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau kemudian mendedahkan bahawa bahawa Najib sendiri telah mengesahkan nilai sebenar yang diterima.

“Yang Berhormat Pekan juga telah mengesahkan bahawa saya terima RM1.1 juta dan oleh kerana saya dah bayar, maka saya dilepaskan dan dibebaskan, itu keputusan mahkamah yang patut kita hormati.

“Maka saya mengesyorkan Akta Dana Politik diadakan dalam penggal ini dan ada rang undang-undangnya sebab telah disebut Perdana Menteri bahawa ia akan diperkenalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN