Rebut kawasan jual dadah dipercayai punca penternak lembu dibunuh - Utusan Malaysia

Rebut kawasan jual dadah dipercayai punca penternak lembu dibunuh

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis percaya kematian seorang penternak lembu di Kongsi Estet 14, Bukit Selambau di sini, pada 24 Ogos lalu berpunca daripada perebutan kawasan jual dadah antara dua kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan terhadap tujuh suspek menjurus kepada motif tersebut.

“Bagaimanapun kita masih meneruskan siasatan untuk mengetahui motif sebenar penternak lembu berusia 38 tahun itu dibunuh.

“Kita juga akan berbincang dengan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya kerana terdapat suspek yang tamat tempoh reman esok,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini.

Kata beliau, tempoh tahanan reman tiga suspek yang ditahan sejak kejadian tamat hari ini manakala empat lagi suspek pada 10 September ini.

Akhbar pada 25 Ogos lalu melaporkan seorang penternak lembu ditemukan mati dengan kesan tikaman di dada serta tembakan di bahagian depan dan belakang badannya di Kongsi Estet 14, Bukit Selambau.

Mangsa ditemukan tertiarap berlumuran darah bersebelahan motosikal Honda EX5 miliknya pada pukul 8 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN