Polis Jasin cari K. Rajoo bantu siasatan kes pecah rumah, curi motosikal

Polis Jasin cari K. Rajoo

K. RAJOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin sedang mengesan seorang lelaki berbangsa India, K. Rajoo bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi motosikal.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu beralamat di 214, Taman Sri Air Kuning, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Katanya, kes pecah rumah disiasat di bawah Seksyen 457 sementara curi motosikal pula disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta segera menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Nurzafira Ab. Razak di talian 013-7305560 atau 06-5292222 (sambungan 378).

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Sarjan Abd. Jamil Nordin di talian 012-6599819, 06-5292222 (sambungan 380) atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN