Polis akan panggil majikan pemandu lori - Utusan Malaysia

Polis akan panggil majikan pemandu lori

SARIFUDIN MOHD. SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis dalam proses memanggil majikan kepada pemandu lori yang memandu dalam pengaruh dadah sehingga menyebabkan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul di sini, semalam.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, proses berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Kata beliau, polis memerlukan maklumat mengenai majikan, hubungan dan lain-lain berkaitan pemandu berkenaan.

“Dalam proses panggil majikan terlibat,” katanya ringkas. 

Sebelum itu, tular di laman sosial sebuah lori melanggar beberapa kenderaan.

Video tular berkenaan diambil berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam).

Rakaman berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN