PH jadi pihak berkecuali jika penuhi syarat pembangkang

PH jadi pihak berkecuali jika penuhi syarat pembangkang

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) bersetuju menjadi pihak berkecuali jika ada usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun, Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ia dikenakan beberapa syarat yang harus dipatuhi kerajaan.

“Saya ingin tegaskan di sini, persetujuan pembangkang untuk Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan kerajaan dua hari lalu adalah bersyarat. Jika kerajaan melanggar syarat ini, secara automatik persetujuan MOU itu terbatal.

“Dalam Belanjawan 2022 ini, kerajaan mesti adakan perbincangan dengan PH. Kita akan berikan input-input tertentu untuk dipertimbangkan.

“Kalau kerajaan ikut syarat ini dan terima input dari kami, maka kita (PH) bersedia untuk berkecuali dalam usul undi percaya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam perbahasan menjunjung kasih titah tuanku Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam masa yang sama, Guan Eng turut berkata, MOU yang dibuat Perdana Menteri adalah bertujuan untuk tidak menjadi mangsa dalam permainan politik, sekaligus memerlukan sokongan daripada pembangkang.

“Terus terang saya cakap, rakyat sudah penat, lelah dan letih dengan permainan politik nombor oleh pihak kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya