“Pentingkan diri! Nanti kerana kau, orang lain susah!” -Fauziah Nawi - Utusan Malaysia

“Pentingkan diri! Nanti kerana kau, orang lain susah!” -Fauziah Nawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon legenda tanah air, Fauziah Nawi menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir penggiat seni yang tidak bertanggungjawab dan berasa bangga untuk meneruskan pengambaran walaupun tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Fauziah, dia menyifatkan segelintir pihak terbabit hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap sombong bagi terus menjalankan pengambaran walaupun belum divaksin.

“Alhamdulillah, kita dah boleh menjalankan pengambaran semula dan tetap mengikut SOP, yang sudah divaksin baru boleh kembali bekerja.

“Tetapi ada pula menunjukkan lagak sangat kan, ‘tak vaksin, boleh buat pengambaran. Jangan cemburu’. Memang kita tahu ini rezeki Allah, tetapi boleh tak jangan cakap. Diam-diam sudahlah.

“Tiada siapa cakap pun cemburu. Nanti kerana kau, orang lain susah! Jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) tahu macam mana? Orang lain jadi susah tahu,” katanya.

Mengulas lanjut, dia berpendapat sikap mereka ini dapat menutup semula periuk nasi penggiat seni lain yang baru sahaja dapat menarik nafas lega sementelah diberi kelonggaran tersebut.

“Kenapa buat macam ini? Pentingkan diri sendiri! Atau kamu semua ada pertalian besar? Kalau tidak mahu ambil vaksin, diam diamlah! Jangan nak tunjuk sombong dan menganjing orang.

“Ramai kini yang dah sudah dapat tawaran bekerja dengan SOP yang sangat ketat. Semua orang bersama mengikut SOP, perlu divaksin serta melakukan ujian calitan Covid-19 sebelum pengambaran.

“Bagaimanapun, ramai lagi yang belum mendapatkan kerja dan hidupnya siksa. Tolonglah, siapa yang tidak mahu divaksin tidak mengapa, itu hak asasi manusia. Tetapi janganlah sombong, tiada siapa yang cemburu kamu semua buat pengambaranlah!” tuturnya tegas di Instagram.

Penggiat seni tanah air kembali menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, semalam.

Kerajaan melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya