Pengarang Sarawak Report kena waran tangkap - Utusan Malaysia

Pengarang Sarawak Report kena waran tangkap

CLARE REWCASTLE BROWN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengarang Sarawak Report berikutan gagal hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nordiana Abd. Aziz memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh, Clare Rewcastle Brown, 62.

Mengikut pertuduhan, Rewcastle Brown didakwa membuat tohmahan yang merosakkan nama baik baginda dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 23 November ini.

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan meminta Sultanah Nur Zahirah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membuktikan kes samannya terhadap Rewcastle Brown dan dua yang lain.

Baginda memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown pada November 2018 kerana mendakwa kenyataan pengarang berkenaan memfitnah dan merosakkan reputasi baginda sedangkan tidak pernah mencampuri pentadbiran negeri dan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Sultanah Terengganu menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua (penerbit) menarik balik buku itu manakala defendan ketiga supaya berhenti mencetak bahan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya