“Penat dah duduk hospital berbulan, terseksa zahir batin” -Izuan Fitri selamat pulang ke pangkuan keluarga. - Utusan Malaysia

“Penat dah duduk hospital berbulan, terseksa zahir batin” -Izuan Fitri selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon remaja, Izuan Fitri, Nor Abdul Rani, memaklumkan anakanda tercintanya sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa bulan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Tibi.

Kongsi Nor, dia menitipkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana akhirnya Izuan selamat pulang ke rumah setelahsetiap hari menantikan kepulangannya dengan penuh kesabaran.

“Adik dah balik. Semua diuruskan oleh kakak dan abang tanpa mama. Alhamdulillah Ya Allah, gembira adik kan, mesti adik sangat riang ria dapat balik.

“Penat dah duduk hospital berbulan, terseksa zahir batin. Kena cucuk, suntik sana sini dan akhirnya! Selamat adik pulang ke rumah.

“Syukur, terima kasih Ya Allah. Terima kasih juga kepada semua. Doakan terus agar adik pulih sempurna seperti sedia kala,” ujarnya di Facebook.

Menerusi hantaran lain, Nor berkongsi perkhabaran gembira apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dana Rahmah memberi sumbangan berupa katil khas buat adik Izuan.

“Terima Kasih Dana Rahmah kerana bersusah payah menghantar katil khas buat adik. Percuma atas segala pemberian, tenaga, kesulitan serta kesusahan.

“Semoga Allah melimpahkan rahmatnya untuk Dana Rahmah terus berjaya membantu tiap insan yang tiada berkeupayaan dan terus mekar mewangi. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem Crossroads: One Two Jaga itu terpaksa dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut akibat penyakit batuk kering.

Kemudian, ibunya memaklumkan Izuan selamat menjalani di Hospital Kuala Lumpur dengan mengambil masa hampir lapan jam, tanggal 5 Ogos lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya