KUALA LUMPUR: Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi perlu terus disokong.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pelan tersebut akan memberi jaminan kepada rakyat seluruhnya untuk hidup dalam sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti.
“Langkah kerajaan dalam menggalakkan amalan tadbir urus yang baik berteraskan integriti, menerusi amalan ini sebuah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berintegriti akan menjadi kenyataan.
“Oleh yang demikian adalah amat bertepatan bagi Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi untuk terus disokong,” titah Seri Paduka.

Dalam masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar semua ahli Parlimen tidak meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.
Sebaliknya, semua pihak perlu lebih fokus dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 dan mengembalikan sinar kepada rakyat demi masa depan negara. – UTUSAN ONLINE