'Saya nampak dia gagal kawal motosikal sebelum terbabas dan terseret'

‘Saya nampak dia gagal kawal motosikal sebelum terbabas dan terseret’

KEADAAN motosikal Yamaha LC ditunggang Muhammad Irfan Izzuddin Md. Ahzli yang maut di Kilometer 342.9 di Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Paka, Dungun di Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : “Saya nampak hendal motosikal kawan saya bergoyang-goyang menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas dan terseret ke kanan lebuh raya.”

Itu detik cemas disaksikan Muhammad Amirul Mazlan, 22, apabila rakannya, Muhammad Irfan Izzuddin Md. Ahzli, 20, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 342.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka, di sini, kira-kira pukul 1.22 tengah hari ini.

Muhammad Amirul berkata, ketika kejadian, dia bersama Muhammad Irfan Izzuddin yang merupakan pekerja di kedai makan yang diusahakannya sedang dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor selepas menemani rakan-rakannya menghadiri program himpunan RXZ Members 7.0 di Gong Badak, Kuala Terengganu.

“Kami berdua sekadar suka-suka teman kawan-kawan sekampung berkonvoi ke Terengganu untuk hadir program RXZ Members. Kami tidak pergi ke tapak program dan hanya duduk di inap desa di Kuala Terengganu,” katanya hari ini.

Muhammad Amirul berkata, mereka bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira pukul 12 tengah hari selepas menikmati sarapan pagi.

“Kami menunggang motosikal secara santai dan tidak terlalu laju kerana masih awal. Ketika kejadian, saya berada di hadapan Muhammad Irfan Izzuddin. Semasa berpaling, saya lihat ‘hendal motosikalnya bergoyang-goyang dan dia tidak dapat mengawalnya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya berhenti di kiri jalan untuk membantu rakannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN