Pekerja demam, batuk cetus kluster punca Bukit Koman kena PKPD - Utusan Malaysia

Pekerja demam, batuk cetus kluster punca Bukit Koman kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah ladang dan kilang kelapa sawit milik syarikat RMDC Sdn. Bhd. di Raub, Pahang antara tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini sehingga 5 Oktober.

Lokaliti yang terletak di Bukit Koman dalam Daerah Raub itu sudah mencatatkan lebih 20 kes Covid-19 yang turut meliputi Taman Kemajuan, Taman Muhibbah dan Taman Amalina Lestari.

Kes indeks dikesan pada Ahad lalu apabila seorang pekerja tempatan bergejala demam dan batuk sebelum menerima rawatan namun telah mencetuskan Kluster Industri di Mukim Gali.

Bukit Koman yang didiami lebih 5,000 orang penduduk, suatu ketika dahulu pernah terkenal dengan industri perlombongan emas sebelum berubah kepada aktiviti penanaman komoditi.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dilaksanakan PKPD di negeri berkenaan yang berkuat kuasa sehari kemudian sehingga 6 Oktober depan ialah Kampung Baru Cenderawasih, Mukim Pekan, dalam Daerah Pekan.

Satu lokaliti lagi yang juga bermula lusa ialah Perumahan Ladang Felda Umas 6, Daerah Kalabakan, Tawau, Sabah dan pernah diwartakan PKPD dari 28 April hingga 11 Mei 2020 lalu.

Bagaimanapun ujar beliau, dua lokaliti di negeri tersebut akan berakhir PKPD secara serentak iaitu Kampung Sugiang Baru, Daerah Tenom. Bahagian Pedalaman dan Kampung Rapak, Daerah Ranau, Bahagian Pantai Barat. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya