Pedri, Alba alami kecederaan - Utusan Malaysia

Pedri, Alba alami kecederaan

Pemain Barcelona, Jordi Alba mengalami kecederaan dan akan diketepikan dalam beberapa perlawanan akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pedri dan Jordi Alba mengalami kecederaan selepas Barcelona tewas kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara, umum kelab itu.

Pedri mengalami kecederaan di bahagian otot paha kiri, manakala ujian yang dilakukan semalam pula mendapati Alba turut mengalami hamstring di bahagian paha kanan

Ketiadaan dua pemain berkenaan adalah berita yang kurang menyenangkan buat The Catalan, selepas tewas 0-3 kepada Bayern Munich semalam dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara.

Alba terpaksa dikeluarkan pada minit ke-74 manakala Pedri berjaya beraksi penuh dalam perlawanan berkenaan.

Pedri, 18, terpaksa berdepan jadual padat dengan keseluruhan aksi musim lalu sebanyak 56 perlawanan, sebelum mewakili Sepanyol di Euro 2020 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kedua-dua pemain akan terlepas aksi La Liga di tempat sendiri menentang Granada Selasa depan, sebelum aksi liga diteruskan dengan berdepan Cadiz dan Levante.

Barcelona akan berdepan Benfica dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada 30 September dan tiga hari kemudian akan menentang Atletico Madrid bagi saingan La Liga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya