Pasangan kekasih dikompaun di Pantai Puteri - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih dikompaun di Pantai Puteri

SEPASANG kekasih dikompaun RM2,000 setiap seorang dalam Op Fasa 2 PPN yang dilakukan di sekitar Pantai Puteri, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keasyikan sepasang kekasih bercinta di tepi pantai berakhir kekesalan apabila dikenakan kompaun sebanyak RM4,000, selepas suntikan vaksinasi mereka dikesan belum melepasi tempoh matang 14 hari.

Kedua-dua individu berusia 20-an itu dikesan pihak polis dalam Op Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilakukan di sekitar Pantai Puteri di sini semalam.

Pegawai Turus Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Deputi Superintenden Nik Ab. Halim Nikmat berkata, pasangan itu antara 28 individu yang dikenakan kompaun dalam operasi pematuhan sejak 4 September lalu.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak RM94,500 kompaun dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Semalam sepasang kekasih dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang selepas pemeriksaan rekod suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera mereka mendapati kedua-dua telah lengkap dua dos suntikan, namun belum melepasi tempoh matang 14 hari.

“Kedua-dua mereka antara 28 individu yang telah dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kesalahan lain dikesan adalah seperti tidak cukup dos suntikan dan tiada penjarakan sosial semasa makan di kedai serta beriadah di pantai. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN