Pas Pulau Pinang ingatkan Guan Eng jangan ganggu fokus lawan Covid-19 - Utusan Malaysia

Pas Pulau Pinang ingatkan Guan Eng jangan ganggu fokus lawan Covid-19

MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pas Pulau Pinang memberi ingatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya tidak mengganggu fokus, mengkritik serta menyerang Exco negeri dan kerajaan negeri menerusi media sosial berhubung isu kekurangan vaksin yang berlaku bulan lepas.

Sebaliknya, Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, adalah lebih baik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlebih dahulu memberikan tumpuan serta fokus kepada penyelesaian kes mahkamah projek terowong dasar laut.

Menurut beliau, Pas Pulau Pinang menyokong dan bersetuju atas usaha baik mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang dalam mencapai imuniti kelompok di negeri ini.

“Menerusi usaha itu penduduk Pulau Pinang khususnya dapat keluar daripada pandemik Covid-19 dengan segera dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu, Guan Eng menyarankan kerajaan negeri melaksanakan pendekatan mitigasi sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkenaan berkata, kerajaan negeri perlu mengambil langkah intervensi yang lebih pantas dan cepat khususnya bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa daripada menjadi korban.

Sementara itu, Muhammad Fauzi berkata, Pas turut menghargai dan berterima kasih atas peruntukan khas 200,000 dos vaksin yang diluluskan Kementerian Kesihatan kepada Pulau Pinang 3 September lalu dan bakal menerima sejuta dos vaksin lagi seperti kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 1 September lalu.

Jelasnya, usaha dan tindakan segera kerajaan meningkatkan kadar vaksinasi di negeri Pulau Pinang itu diharapkan mampu mengurangkan kes harian serta bilangan pesakit Covid-19 yang kritikal di hospital seterusnya negeri ini akan segera memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tambahnya, Pas negeri turut menyokong inisiatif oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Dr. Norlela Ariffin atas usaha dan tindakan mendapatkan bekalan vaksin yang lebih banyak untuk rakyat Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN