Reddit, Kick disenarai dalam larangan media sosial kanak-kanak di Australia

Reddit, Kick disenarai dalam larangan media sosial kanak-kanak di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Laman forum popular, Reddit dimasukkan ke dalam senarai platform yang tertakluk di bawah larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun di Australia, yang akan berkuat kuasa bulan hadapan.

Platform penstriman langsung Kick turut disenaraikan, menjadikan jumlah keseluruhan laman yang terlibat meningkat kepada sembilan termasuk Facebook, X (Twitter), Snapchat, TikTok, YouTube, Instagram dan Threads.

Mulai 10 Disember, syarikat teknologi boleh dikenakan denda sehingga A$50 juta (RM135.9 juta) sekiranya gagal mengambil langkah sewajarnya untuk menyahaktifkan akaun sedia ada milik pengguna bawah 16 tahun serta menghalang pendaftaran akaun baharu bagi golongan tersebut.

Menurut kerajaan Australia, setiap platform yang disenaraikan dipilih kerana fungsi utamanya adalah untuk membolehkan interaksi sosial dalam talian dan lebih banyak laman dijangka akan ditambah sejajar dengan perkembangan pesat teknologi digital.

Pesuruhjaya eSafety Australia, Julie Inman Grant berkata, langkah menangguhkan akses kanak-kanak kepada media sosial memberi mereka masa berharga untuk membesar tanpa terdedah kepada reka bentuk algoritma yang berbahaya dan menipu seperti skrol tanpa henti,

Bagaimanapun, Discord dan WhatsApp serta platform permainan seperti Lego Play dan Roblox, tidak termasuk dalam larangan tersebut. Google Classroom dan YouTube Kids juga dikecualikan.

Menteri Komunikasi Persekutuan, Anika Wells berkata, langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kawalan dan pengaruh berlebihan platform dalam talian.

“Kami tidak mengejar kesempurnaan, tetapi perubahan yang bermakna,” katanya.

Bagaimanapun, masih belum jelas bagaimana syarikat akan melaksanakan larangan ini yang kini diperhatikan oleh pemimpin dunia lain dengan beberapa kaedah yang dipertimbangkan termasuk penggunaan dokumen pengenalan rasmi, kelulusan ibu bapa dan teknologi pengecaman wajah.

Pengkritik bagaimanapun menyuarakan kebimbangan terhadap privasi data dan ketepatan perisian pengesahan umur, selepas laporan terbaharu mendapati semua kaedah yang dicadangkan mempunyai risiko dan kelemahan tersendiri. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN