[PARLIMEN] Hospital penuh, hibrid kekal rawat Covid-19 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Hospital penuh, hibrid kekal rawat Covid-19

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menubuhkan hospital khusus untuk merawat pesakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebaliknya kerajaan mengekalkan hospital sedia ada untuk merawat jangkitan tersebut sama ada secara penuh atau hibrid di semua negeri.

“Buat masa ini, untuk memastikan kapasiti kepada kes-kes jangkitan Covid-19, kita masih kekalkan beberapa hospital sebagai hospital Covid-19 sama ada secara hospital Covid penuh atau hibrid yang dapat merawat kes-kes Covid-19.

“Perancangan itu saya tak boleh sebut berapa lama sebab kita harap bahawa dengan penurunan kes-kes kemasukan di hospital lebih banyak, hospital-hospital hibrid yang mana sebahagian daripada wadnya diambil alih untuk menguruskan rawatan Covid-19 dapat dijadikan semula sebagai hospital biasa,” katanya bagi menjawab soalan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Abdullah Sani (PKR-Kapar) meminta kerajaan menjelaskan apakah kini dalam perancangan untuk menubuhkan hospital kekal khusus untuk Covid-19 dan peralatan yang cukup di setiap negeri untuk diasingkan dengan pesakit lain supaya tidak berlaku jangkitan berganda. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN