[PARLIMEN] Beli vaksin Pfizer untuk semua rakyat, kata MP Jelutong - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Beli vaksin Pfizer untuk semua rakyat, kata MP Jelutong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Soalan yang dilontar kepada saya adalah mengapakah wakil rakyat mendapat vaksin Pfizer, rakyat di luar sana dapat Sinovac?”

Demikian celahan Sanisvara Nethaji Rayer (DAP-Jelutong) berkaitan pemberian jenis vaksin yang berbeza kepada rakyat dalam sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Dewan Rakyat, hari ini.

Rayer meminta supaya menteri yang bertanggungjawab menjelaskan perkara itu memandangkan rakyat ketika ini sudah ‘celik’ maklumat berkaitan dengan keberkesanan vaksin.

“Cadangan saya ialah wang yang digunakan untuk (bangunkan) vaksin baharu, kerajaan sekarang guna untuk membeli vaksin Pfizer untuk semua.

“Berikan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia wajib dan wajar diberikan Pfizer,” katanya.

Menurut Rayer, rakyat di kawasannya melontarkan persoalan tentang perbezaan itu dan mempertikai mengapa wakil rakyat diberikan vaksin Pfizer manakala dalam kalangan rakyat menerima jenis vaksin yang berbeza-beza.

Menjawab celahan tersebut, Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pemberian vaksin jenis Pfizer dibuat memandang ia adalah paling awal tiba dan diperoleh kerajaan.

“Jadi kita kena berikan cepat kepada masyarakat dan ketika itu vaksin Pfizer paling awal yang dapat peroleh.

“Ini semua melalui NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara), yang mana mereka melihat kepada tiga perkara iaitu keberkesan, kualiti dan keselamatan. Semua vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac adalah selamat untuk digunakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya