[PARLIMEN] AUKUS: Kita tidak mahu terperangkap dengan perlumbaan senjata kuasa-kuasa besar - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] AUKUS: Kita tidak mahu terperangkap dengan perlumbaan senjata kuasa-kuasa besar

JOE BIDEN mengumumkan pakatan AUKUS secara maya bersama Boris Johnson dan Scott Morrison di Washington, baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui beliau telah menyatakan kegusaran kerajaan kepada Australia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) berhubung kerjasama AUKUS antara ketiga-tiga negara itu.

Beliau berkata, kerjasama itu dikhuatiri menimbulkan reaksi negatif oleh pihak-pihak tertentu sehingga boleh mencetuskan pertelingkahan antara kuasa-kuasa besar dunia.

“Kita telah menyatakan segala kegusaran kepada pihak Australia dan saya telah menyebut perkara ini kepada ketiga-tiga duta iaitu Duta Australia, Duta AS dan Duta UK beberapa hari lepas. Perdana Menteri pun sudah mengeluarkan kenyataan tegas tentang kerisauan kita. Ini kerana, ia boleh menimbulkan kesan lain juga misalnya apabila melibatkan dua kuasa besar.

“Di satu pihak, dia boleh menggamit kehadiran reaksi hampir setimpal dengan kuasa besar lain, kita nak kawasan Asia Tenggara yang kita pegang iaitu Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) ialah perjanjian bebas nuklear.

“Kita tak mahu terperangkap dalam perlumbaan senjata kuasa-kuasa besar, kita mahu semua orang datang dan lalu perairan kita untuk perdagangan dan perniagaan secara aman,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.