[PARLIMEN] 5,103 lepasan politeknik lanjut pengajian ke UA - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] 5,103 lepasan politeknik lanjut pengajian ke UA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 5,103 calon lepasan politeknik berjaya melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, jumlah itu adalah daripada 7,652 yang membuat permohonan pada sesi akademik 2021/2022.

Tambah beliau, jumlah itu juga meningkat lima peratus berbanding 4,445 daripada 7,175 calon yang memohon ke UA bagi sesi akademik 2020/2021.

“Kita dapati persaingan sengit antara pemohon daripada institusi lain, pemilihan program bersifat kompetitif dan kegagalan temuduga menjadi faktor calon lepasan politeknik gagal ke UA,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) yang meminta kerajaan menjelaskan jumlah lepasan politeknik yang memperoleh keputusan cemerlang tidak mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke menara gading tahun ini.

Noraini berkata, pelajar lepasan politeknik mencatat kadar kebolehpasaran yang tinggi bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

Pada 2018, katanya, kadar kebolehpasaran pelajar lepasan politeknik ialah 96.1 peratus, 96.7 peratus (2019) dan 91.4 peratus pada 2020.

“KPT akan meluaskan penawaran program ijazah sarjana muda di politeknik premier melalui pembelajaran berasaskan pekerjaan (WBL),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya