Nelayan hilang di laut selepas jatuh bot di Kuala Dungun

Nelayan hilang selepas jatuh bot di Kuala Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas terjatuh daripada bot ketika pulang menangkap ikan di perairan Kuala Dungun, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu, mangsa yang terlibat ialah Mohd. Noor Mamat, 67. 

MOHD. NOOR MAMAT

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, bot gentian kaca dinaiki mangsa bersama rakannya, Mohd. Ibrahim, 63, dan tekong, Mahadi Ibrahim, 56, dikatakan dilambung ombak ketika memasuki kawasan muka kuala. 

“Kejadian itu menyebabkan mangsa dan Mohd. terjatuh daripada bot, namun kepantasan tekong berpatah balik berjaya menyelamatkan rakannya. 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dengan kekuatan 50 anggota termasuk polis, bomba, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Baharudin berkata, berdasarkan keadaan cuaca dan ombak lebih 0.5 meter, mangsa kemungkinan dihanyutkan ke pesisir Pantai Marang di Marang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.