Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam meninggal dunia

Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam meninggal dunia

ALLAHYARHAM WAN INDRA PUTRA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad menghembuskan nafas terakhir pukul 7 pagi tadi di rumahnya di Denai Alam.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, jenazah akan disemadikan sebelum solat Zuhur hari ini.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah,” katanya.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia secara mengejut dan dibawa oleh pegawai Kementerian Kesihatan ke hospital untuk bedah siasat.

Pemergian beliau turut mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi apabila menerima berita berkenaan pagi tadi.

“Sedih menerima perkhabaran Naib Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad kembali ke rahmatullah pagi tadi. Beliau seorang pejuang dikenali ramai, banyak jasa beliau dalam perjuangan parti menegakkan agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN