MN Selangor kekal pertahan 'Keluarga Malaysia' - Utusan Malaysia

MN Selangor kekal pertahan ‘Keluarga Malaysia’

Pas tidak pernah ajak Bersatu bincang mengenai mengembalikan semula Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jajaran politik perpaduan ummah wajar menjadi agenda utama untuk memastikan Muafakat Nasional (MN) Selangor dapat menawan negeri itu pada  pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Oleh demikian, gagasan ‘Keluarga Malaysia’ yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar dipertahan supaya MN bersedia untuk mengubah landskap politik negara khususnya di Selangor dengan merampas semula daripada Pakatan Harapan (PH).

Hal itu ditegaskan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi menerusi kenyataan bersama yang mahu memastikan jajaran ‘Keluarga Malaysia’ dipertahankan.

“Hari ini genap ulangtahun kedua penubuhan MN dan pemeteraian piagam antara dua parti politik Melayu Islam terbesar negara iaitu UMNO dan Pas yang banyak mengubah lanskap politik termasuk di Selangor.

“MN Selangor terus memperkasakan agenda penyatuan ummah dan kerjasama politik dengan menggerakkan pelbagai program kemasyarakatan yang mendapat sambutan menggalakkan,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN