Mayat dua pemancing lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat dua pemancing lemas ditemukan

DUA mayat lelaki yang ditemukan lemas berdekatan Jeti Sungai Mados, Kampung Air Putih di Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Mayat dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemukan terapung berdekatan Jeti Sungai Mados, Kampung Air Putih, di sini pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, mayat pertama dipercayai Ramdan Sulaiman, 50, ditemukan pada pukul 7.10 pagi kira-kira lima kilometer (km) dari jeti terbabit.

Katanya, mayat kedua dipercayai Amirrudin Abdul Malik, 53, dijumpai pada pukul 8.03 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

“Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya bot dinaiki mereka berdua sahaja yang ditemukan di Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini malam kelmarin.

Jarak bot dinaiki mereka daripada jeti dianggarkan kira-kira 400 meter dan keadaan air berkedalaman 15 meter. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN