Marquez mohon maaf - Utusan Malaysia

Marquez mohon maaf

MARC MARQUEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba MotoGP, Marc Marquez memohon maaf di atas kemalangan yang berlaku melibatkan dirinya dengan pelumba rookie, Jorge Martin, sehingga menyebabkan mereka terkeluar dari perlumbaan Grand Prix (GP) Britain, Ahad lalu.

Penunggang Honda itu turut mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf ke atas Martin dari Ducati selepas mengalami kemalangan dalam pusingan pembukaan di Litar Silverstone.

“Saya ingin memohon maaf kepada Jorge dan pasukannya kerana jelas ia salah saya. Saya terlalu optimis ketika mengambil memintas di selekoh.

“Ia jelas sangat menjengkelkan kerana Fabio (Quartararo) dan Jorge sangat jauh dan saya jangkakan tiada pelumba sebelah saya.

“Saya telah bersedia untuk mengambil selekoh dan mahu menegakkan semula motosikal kerana saya tidak sempat untuk menukarkan kepada gear tiga.

“Apa pun ia tetap salah saya. Baru pusingan pertama. Saya sangat yakin ketika itu. Saya minta maaf kepada Jorge.

“Perlumbaan ada kalanya seperti ini dan hari ini (Ahad lalu), saya membuat kesilapan besar,” kata Marquez.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya