Lapan syarikat asing bida tender bekal jet tempur TUDM

Lapan syarikat asing bida tender bekal jet tempur TUDM

MODEL pesawat BAE Hawk Mk 208 yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia. – FOTO/IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah lapan syarikat antarabangsa dilaporkan berminat membida tender pembekalan 36 jet tempur ringan (LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setakat ini.

Menurut laporan pelbagai media antarabangsa, tender terbuka berkenaan telah dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan sejak 22 Jun dan akan ditutup pada 22 September ini.

Perolehan itu bakal menggantikan lima jet LCA dua kerusi model BAE System Hawk Mk 108 dan 13 buah model Mk 208 kerusi tunggal buatan Britain yang digunakan lebih sedekad lalu.

Malahan langkah berkenaan turut melibatkan penggantian tujuh buah jet latihan penggempur (FLIT) model Aermacchi MB-339CM buatan Itali yang ketika ini ditempatkan di Pulau Pinang.

Sementara pesawat Hawk pula berada di 15 Skuadron ‘Panther’, 1 Division, Pangkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang dan 6 Skuadron ‘Cakra’, 2 Division, Pangkalan Udara Labuan.

Pembelian tersebut turut meliputi jet baharu untuk latihan penggempur (FLIT) selaras Pelan 55 Keupayaan TUDM dengan 18 unit perlu dihantar tahun ini manakala bakinya pada 2025.

Dengan jumlah besar pesawat baharu itu, TUDM dilaporkan merancang untuk membentuk satu pasukan FLIT dan dua skuadrom LCA namun belum lagi ditetapkan lokasi pangkalan.

Antara yang membida ialah firma Aero Vodochody dari Czech dengan menawarkan model L-39NH, Boeing dari Amerika Syarikat (T-7A Red Hawk) dan Leonardo dari Itali (M-346).

Tidak ketinggalan ialah pengeluar dari China National Aero-Technology dengan model Hongdu L-15, Irkut Corporation dari Rusia (YAK-130) dan Hindustan Aeronautics dari India (Tejas).

Namun, dua syarikat lagi dijangka meraih tumpuan kerana peluang besar menang iaitu KAI T-50 keluaran Korea Aerospace dan PAC JF-17 Thunder keluaran Pakistan Aeronautical.

TUDM turut dilaporkan menunjukkan minat bagi perolehan sejumlah jet tempur model Boeing F/A-18 C dan D milik Tentera Udara Kuwait yang bakal dihenti perkhidmatannya pada 2023.

Negara Asia Barat itu ketika ini memiliki sejumlah 39 buah jet berkenaan yang sudah berusia 30 tahun dan kini ditempatkan dalam skuadron penggempur di Pangkalan Ahmad al-Jaber.

Ia dijadikan pilihan susulan kekangan peruntukan dalam pelan pemodenan untuk program pesawat gempur pelbagai peranan yang ditunda bagi memberi laluan kepada LCA dan FLIT. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya