Langkawi City FC dapat sentuhan Borussia Dortmund - Utusan Malaysia

Langkawi City FC dapat sentuhan Borussia Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Liga M3, Langkawi City FC mengorak langkah dengan menjalinkan kerjasama dengan pasukan gergasi Borussia Dortmund dalam usaha memantapkan lagi pembangunan akar umbi.

Bukan setakat pembangunan akar umbi, bahkan pasukan dari pulau bebas cukai itu bakal mengharungi siri kejohanan untuk pemain remaja.

Jalinan kerjasama itu turut mengetengahkan program pelancongan sukan antara kedua belah pihak selain mendapat perkongsian ilmu daripada jurulatih Dortmund.

“Bola sepak menjadi bertambah popular di seluruh dunia termasuklah di Asia dan kami bangga dapat bekerjasama dengan Langkawi.

“Pertukaran pengetahuan yang menyeluruh dan sokongan berterusan untuk pembangunan akar umbi di Langkawi dan Malaysia akan menjadi fokus utama dalam jalinan kerjasama ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Carsten Cramer dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Kerjasama antara mereka sudahpun bermula sejak 1 September lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2023.

Sementara itu, penaung Langkawi yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menzahirkan ucapan tahniah atas kerjasama tersebut dengan menyifatkan Dortmund sebagai jenama global yang berjaya.

“Sudah tentu Langkawi boleh belajar banyak perkara daripada kerjasama ini. Saya harap kerjasama ini akan memanfaatkan penduduk Langkawi khususnya golongan muda.

“Semoga kerjasama ini mencapai kejayaan di dalam ataupun di luar padang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya