Kluster Covid-19 tunjuk trend penurunan - Utusan Malaysia

Kluster Covid-19 tunjuk trend penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selain kes positif Covid-19 menunjukkan penurunan, jumlah kluster turut mengikut trend sama sejak beberapa hari lalu.

Jika semalam mencatatkan 19 kluster manakala kelmarin, 21 kluster dan sehari sebelumnya, 25 kluster, namun hari ini hanya 16 kluster direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, biarpun jumlah kluster menunjukkan trend penurunan namun tempat kerja kekal terbanyak iaitu 10 kluster dengan Johor terbanyak.

“Bagi tempat kerja, Johor mencatatkan tiga kluster, dua di Selangor manakala Labuan, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Perak, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti melibatkan dua di Kelantan manakala Sarawak dan Pahang, masing-masing satu kluster manakala kumpulan berisiko tinggi, Johor dan Perak, masing-masing satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 15,549 kes berbanding semalam, 17,577 kes sekali gus diatasi kes sembuh, 17,205 kes manakala sebanyak 1,165 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 689 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 2,929 diikuti Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120) dan Kedah (1,073).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263) dan Negeri Sembilan (131).

“Perlis merekodkan 33 kes dan Putrajaya, 31 kes manakala Labuan (11),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 108 kes sekali gus merekodkan penurunan kes berbanding kelmarin, 133 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang  ini yang berdasarkan maklumat melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian sebenar pula belum dikemas kini yang  mana sebanyak 19 kes direkodkan kelmarin manakala bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan, berlaku sedikit peningkatan, sebanyak 388 kes berbanding semalam, 346 kes.

Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 22,743 kes.

Sebanyak 64 daripada 388 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,327 kes.

Seramai 1,204 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 708 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 167 kes manakala kematian sebenar (purata tujuh hari), 11 kes diikuti Johor (76/27), Kedah (48/5), Pulau Pinang (24/17), Sabah (22/14), Kuala Lumpur (12/4), Pahang (12/4), Kelantan (10/5), Perak (7/7), Terengganu (5/3), Sarawak (2/5), Perlis (2/1), Negeri Sembilan (1/2) dan Melaka (0/3).

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya