KJ jamin beri komitmen selesai  isu doktor kontrak  - Utusan Malaysia

KJ jamin beri komitmen selesai  isu doktor kontrak 

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan komitmen dan memberi jaminan mencari titik penyelesaian interim yang lebih baik berhubung isu dihadapi pegawai kesihatan lantikan kontrak.

Beliau berkata demikian sejurus selepas selesai sesi perbincangan bersama Sekeretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang diadakan secara maya tengah hari tadi.

“Beberapa perkara dibangkitkan termasuk kaedah penilaian prestasi bagi perjawatan tetap peluang lanjutan pengajian dan masa depan profesyen mereka,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

KHAIRY JAMALUDDIN

Pergerakan #HartalDoktorKontrak dilancarkan sekumpulan doktor kontrak di Kementerian Kesihatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung jawatan tetap dalam sektor kerajaan bagi 23,000 pegawai kesihatan kontrak di seluruh negara.

Susulan itu, kerajaan mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan lantikan secara kontrak bagi tempoh dua tahun, selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi meastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan mengikuti kepakaran. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN