Kilang papan antara 4 lokaliti di Sabah kena PKPD - Utusan Malaysia

Kilang papan antara 4 lokaliti di Sabah kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak empat lagi lokaliti di Sabah bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini antaranya Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2, Daerah Telupid di Bahagian Sandakan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD tersebut ialah kawasan Kampung Tagaroh, Daerah Kota Marudu, Bahagian Kudat dan Kampung Dumpiring Bawah, Daerah Ranau selain kuarters pekerja dan kilang papan syarikat Cargo Timber di Kampung Biah, Daerah Keningau.

“Empat lagi lokaliti di Sabah ditamatkan PKPD seperti dijadualkan meliputi Kampung Tanjong Pagar, Sipitang: Kampung Padang Tembak, Keningau; Kampung Jawa, Tawau dan kawasan setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang.

“Satu lokaliti lagi yang juga berakhir PKPD esok ialah Ladang Sungai Kahang dalam Daerah Kluang di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya