Keterangan pegawai kanan RoS diambil dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Keterangan pegawai kanan RoS diambil dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keterangan pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah akan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, pegawaj kanan itu akan dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berkenaan aduan berhubung mengubah keputusan yang dibuat pada 6 Ogos lalu, iaitu penangguhan pemilihan parti UMNO sebagai tidak sah kepada sah.

Difahamkan, siasatan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

“SPRM akan panggil dalam masa terdekat untuk bantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan mengenai aduan diterima SPRM ke atas pegawai kanan RoS kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, beliau didakwa meluluskan penangguhan Pemilihan Agong UMNO sehingga Disember 2022 bagi tempoh 18 bulan menerusi sepucuk surat bertarikh 30 Ogos lalu.

Justeru itu, kata sumber, aduan diterima daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan  yang dibuat.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN