Kes sembuh atasi kes positif lagi - Utusan Malaysia

Kes sembuh atasi kes positif lagi

PEKERJA industri yang hadir melengkapkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) melalui Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Bayou Convention Centre, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 18,762 kes berbanding semalam, 20,897 kes dengan kes sembuh mengatasi sebanyak 21,073 kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 278 kematian dicatatkan dengan 1,007 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 464 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 267,863 kes aktif.

Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 3,711 kes diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504).

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (899), Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309) dan Negeri Sembilan (291).

“Putrajaya pula mencatatkan 34 kes dan Perlis, 33 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya