Kes positif turun tapi Sarawak catat 5,291 kes hari ini

Kes positif baharu 19,198, Sarawak catat 5,291 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,198 kes berbanding semalam, 19,550 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang tertinggi iaitu 5,291 kes diikuti Selangor (2,347), Johor (2,110), Sabah (1,717), Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (930), Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340) dan Negeri Sembilan (283).

“Perlis pula mencatatkan 67 kes dan Putrajaya, 32 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN