Kereta dihempap pokok selepas ambil vaksin - Utusan Malaysia

Kereta dihempap pokok selepas ambil vaksin

POKOK getah yang menghempap kereta Proton Exora di Jalan Raja Nong Chik, Klang, Selangor pagi tadi dialihkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua beranak nyaris maut selepas kereta Proton Exora yang dinaiki mereka dihempap pokok ketika dalam perjalanan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya di Jalan Nong Chik, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, salah seorang mangsa iaitu bapa berusia 50-han dikatakan dalam perjalanan pulang dari pusat pemberian vaksin (PPV) selepas membawa anaknya yang berusia 17 tahun menerima suntikan pertama vaksin bagi pelajar sekolah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memberitahu, kejadian berlaku semasa cuaca redup namun struktur tanah lembut dipercayai menjadi punca pokok tumbang.

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, sebatang pokok getah dianggarkan berketinggian 24 meter menghempap kereta Proton Exora yang dinaiki mereka.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 9.18 pagi dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian,” katanya.

Katanya, setibanya enam anggota termasuk seorang pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas di lokasi, didapati kesemua mangsa sudah keluar dari kereta.

Norazam berkata, anggotanya turut dibantu beberapa anggota daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk memotong dan mengalihkan pokok itu.

“Dua mangsa tidak mengalami sebarang kemalangan dan operasi memotong serta mengalihkan pokok getah tamat pukul 10.10 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.