Kerajaan beri tempoh 14 hari negeri Fasa 3 beralih ke Fasa 4 mula persekolahan - Utusan Malaysia

Kerajaan beri tempoh 14 hari negeri Fasa 3 beralih ke Fasa 4 mula persekolahan

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tempoh 14 hari untuk sesebuah sekolah negeri yang beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 dalam masa singkat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk memulakan sesi persekolahan secara bersemuka.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin berkata, tempoh dua minggu yang diberikan itu bertujuan memberi persediaan kepada pihak sekolah dan murid memulakan persekolahan.

“Katakanlah hari ini diumumkan salah satu negeri Fasa 3, contohnya Negeri Sembilan dalam Fasa 3 dan dua hari kemudian diumumkan masuk Fasa 4. Adakah sekolah terus dibuka mengikut ketetapan di bawah Fasa 4?

“Tidak begitu. Katakanlah sesebuah negeri itu berpindah daripada satu fasa ke fasa yang lain kita berikan tempoh sekurang-kurangnya 14 hari untuk mereka buat persediaan dan kita akan maklumkan bilakah sekolah boleh mula.

“Jadi, jika berlaku perubahan fasa, sekolah di negeri-negeri yang berubah ke fasa berikutnya ini akan mengikut ketetapan ke fasa berikutnya dalam masa paling awal dua minggu selepas negeri tersebut berubah fasa,” katanya malam ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi bual bicara Soal Rakyat yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan bertajuk Pengoperasian Sekolah Kementerian Pendidikan.

Dalam pada itu, katanya, sekolah-sekolah yang terletak di kawasan atau negeri yang sudah melaksanakan gelembungan pelancongan akan beroperasi seperti biasa mengikut ketetapan pembukaan sekolah sama seperti Fasa 4 dalam PPN.

Hal itu termasuk Langkawi walaupun ia terletak di dalam sempadan negeri Kedah yang masih tersangkut di dalam Fasa 1 PPN, namun sebahagian besar penduduk di pulau bebas cukai itu sudah divaksinasi.

“Apabila kita jadikan gelembung pelancongan, maknanya semua sektor ini bergerak. Kalau di pusat pelancongan itu hotel, resort, taman air atau taman tema semuanya sudah dibuka.

“Jadi, kalau kita masih menutup sekolah, ini merupakan satu keadaan yang terlalu janggal di mana anak-anak ini mungkin waktu itu pergi bekerja dalam sektor pelancongan di mana-mana.

“Kena faham Fasa 4 adalah semua sektor sudah dibuka termasuk persekolahan. Sebab itu dalam konteks Langkawi ini kita ikut konteks Fasa 4 dan insya-Allah kita akan terus memantau bila akan diumumkan kawasan mana,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.