Kemuka tuntutan palsu bernilai RM27,000, penguat kuasa ditahan SPRM

Kemuka tuntutan palsu bernilai RM27,000, penguat kuasa ditahan SPRM

PEGAWAI penguat kuasa PBT ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM27,000. 

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul kira-kira 5.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan. 

Difahamkan, suspek yang bertugas di salah sebuah PBT itu mengemukakan tuntutan palsu berkaitan sewaan perkhidmatan lori dengan menggunakan resit yang mengandungi butiran palsu. 

Perintah reman sehingga 25 September itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya