Kementerian Kewangan perlu kreatif cari inisiatif baharu - Utusan Malaysia

Kementerian Kewangan perlu kreatif cari inisiatif baharu

AHMAD Maslan (empat kanan) menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Free Market Johor bagi kegunaan penduduk Kampung Nelayan yang terlibat dengan PKPD di Benut, Pontian, Johor. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kementerian Kewangan perlu mencari inisiatif yang kreatif untuk menambah pendapatan negara bagi memastikan bantuan kepada rakyat dapat terus disalurkan tanpa menambah hutang sedia ada.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hutang yang tinggi akan membebankan generasi akan datang kerana peruntukan tahunan untuk pembangunan mungkin terpaksa dikurangkan disebabkan bajet yang besar diperlukan untuk membayar semula hutang.

Katanya, kerajaan ketika ini sukar mendapatkan kewangan tambahan kerana tiada sumber yang kuat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan Menteri Kewangan terpaksa menaikkan siling hutang daripada 55 kepada 60 dan 65 peratus pada tahun ini disebabkan kedudukan kewangan negara yang semakin sukar pada ketika ini.

“Daripada RM300 billion bajet 2021, 10 peratus diperuntukkan untuk membayar faedah hutang. Jika bertambah lagi hutang kemungkinan akan menjadi 20 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Nelayan Benut, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian ketika diminta mengulas Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober ini ketika negara masih berhadapan pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN