Kelantan sumbang kluster terbanyak - Utusan Malaysia

Kelantan sumbang kluster terbanyak

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 14 daripada 29 kluster Covid-19, hari ini diikuti 12 kluster komuniti dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan Johor dan Perak, masing-masing  empat kluster; Selangor dan Pahang, masing-masing dua kluster manakala Pulau Pinang dan Kelantan, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti melibatkan sembilan di Kelantan, dua di Sarawak dan satu di Pahang.

“Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, Sarawak, Johor dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 15,669 kes berbanding semalam, 16,073 kes sekali gus terus diatasi 18,053 kes sembuh dengan 1,266 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 689 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi penyumbang tertinggi 2,632 kes diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iatu Perak (856), Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329) dan Negeri Sembilan (143).

“Perlis pula mencatatkan 30 kes da Putrajaya, 14 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah keseluruhan kes positif, beliau berkata, daripada 15,669 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 283 kes bersamaan 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Baki 15,386 kes daripada 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN