fbpx

28 November 2021, 8:07 am

  TERKINI

Kejohanan Silat Dunia ditunda ke Julai 2022

SILAT menghadiahkan empat pingat perak dan empat gangsa buat Malaysia di Sukan Asia Indonesia 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengesahkan Kejohanan Silat Dunia yang sudah tertangguh selama dua tahun, bakal berlangsung pada 21 hingga 30 Julai 2022.

Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, kejohanan edisi ke-20 itu yang bakal dianjurkan di negara ini, perlu diteruskan agar tidak mengundang pelbagai risiko terhadap sukan tempur itu pada masa akan datang.

Tegasnya, semua atlet perlu bersedia mengharungi jadual padat tahun depan selepas hampir dua tahun mereka ‘berbulan madu’ susulan pandemik Covid-19.

“Ya betul, ada banyak kejohanan tahun depan termasuk Sukan SEA yang tertunda, Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia, Liga Silat dan macam-macam lagi.

“Kita tidak boleh tunda lagi Kejohanan Dunia sebab kita tidak mahu berdepan pelbagai risiko sehingga mengganggu roadmap silat.

“Jadi, mahu tidak mahu, mereka perlu mengharungi jadual padat ini tahun depan, saya yakin mereka semua tidak sabar untuk berjuang,” katanya kepada pemberita dalam sesi borak santai secara maya, malam kelmarin.

Kejohanan Silat Dunia sepatutnya berlangsung pada 2020, sebelum ditunda ke tahun ini, namun ekoran pandemik Covid-19 yang tidak surut, ia ditangguhkan ke 2022, yang mungkin ketika itu Malaysia berada dalam fasa endemik.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI