Lelaki yang culas memberikan nafkah kepada anak sepatutnya dihukum penjara - Isa Khan - Utusan Malaysia

Lelaki yang culas memberikan nafkah kepada anak sepatutnya dihukum penjara – Isa Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Isa Khan, berpandangan lelaki yang culas menunaikan nafkah anak wajar dikenakan hukuman penjara atas pengabaian tanggungjawab terhadap tanggungannya sendiri.

Isa atau Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 33, berkata, terdapat ramai ibu tunggal di luar sana yang terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.

“Lelaki yang culas memberikan nafkah kepada anak sepatutnya dihukum penjara. Ramai ibu tunggal di luar sana yang bertungkus-lumus membesarkan anak kamu, darah daging kamu,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, melihat di ruangan komen Threads aktor berkenaan, ramai pengguna media sosial yang menyokong pandangannya dan menganggap isu nafkah anak perlu dipandang serius.

Di Malaysia, kegagalan membayar nafkah boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan melalui Mahkamah Syariah termasuk saman penghutang penghakiman, penahanan harta, perintah potong gaji dan hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Untuk rekod, Isa mula bergiat aktif dalam dunia lakonan dan nyanyi selepas menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) dan kini mula menggerakkan langkahnya sebagai penyanyi berkumpulan bersama K4lam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×