Kampung Laut Skudai banjir lagi, 28 mangsa dipindahkan - Utusan Malaysia

Kampung Laut Skudai banjir lagi, 28 mangsa dipindahkan

ANGGOTA bomba memindahkan 28 penduduk di Batu 10, Kampung Laut Skudai ekoran banjir kilat di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Selepas dilanda banjir kilat tiga hari lalu, penduduk di Batu 10, Kampung Laut di Skudai sekali lagi terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.39 malam.

Menurut beliau, sehubungan itu seramai 20 anggota berserta empat jentera termasuk sebuah bot dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, beberapa kediaman di kampung berkenaan telah dinaiki air sekali lagi dan usaha menyelamatkan mangsa terus dilakukan.

“Seramai 28 mangsa termasuk dua warga emas dan 11 kanak-kanak dipindah dan ditempatkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Riduan, setelah kerja-kerja memindahkan mangsa selesai, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 12.10 tengah malam.

Pada Khamis lalu, sepasukan anggota BBP Skudai menyelamatkan pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap dalam kejadian banjir di rumah mereka di kampung itu.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.36 pagi selepas kawasan terbabit dinaiki air hampir satu meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN