Kadar kematian menurun, hanya 100 mati pada 11 September 2021

Kadar kematian menurun, hanya 100 mati pada 11 September 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian sebenar akibat jangkitan Covid-19 pada 11 September semalam, hanya merekodkan sebanyak 100 kes.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber dari Kementerian Kesihatan berkata, jumlah kematian sebenar sebanyak 592 kes yang dilaporkan semalam merupakan bilangan pelaporan termasuk rekod daftar terdahulu.

“Sebenarnya, kadar kematian dalam negara sudah menurun dan rekod berkenaan boleh dirujuk di laman rasmi khas Covid-19 negara iaitu Covidnow,” kata sumber ketika dihubungi hari ini.

Semakan Utusan Malaysia menerusi laman rasmi berkenaan rekod kematian sebenar pada 11 September mencatatkan 100 kes yang menunjukkan penurunan drastik dari 208 kematian pada 3 September lalu.

Untuk rekod, kes kematian tertinggi negara mencatatkan sebanyak 295 kes pada 7 Ogos lalu dan selepas itu kadar kematian beransur menurun sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, jumlah pesakit yang mendapat memerlukan bantuan alat pernafasan atau ventilator, rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan dimasukkan ke hospital juga menurun semalam yang masing-masing merekodkan 724 kes, 1272 kes dan 12,997 kes.

Awal pagi ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang merujuk jumlah kematian akibat sebanyak 592 kes semalam yang didakwa negara kini berada di peringkat sangat teruk berbanding negara luar.

Katanya, beliau terkejut selepas bangun pagi setelah mendapati jumlah kematian akibat Covid-19 semalam sangat tinggi.

Hal itu sekali gus meletakkan Malaysia di kedudukan kelima di dunia dalam kematian harian semalam selepas selepas Rusia (796), AS (718), Mexico (699) dan Brazil (635).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan mengubah kaedah pelaporan mengenai kematian akibat jangkitan Covid-19 untuk memberikan gambaran mengenai situasi semasa dengan lebih tepat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN