Covid-19: Johor atasi Selangor jumlah kematian dilaporkan

Johor atasi Selangor jumlah kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 89 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 87 kes sebelum ia berubah kepada 109 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my.

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 240 kes berbanding kelmarin, 258 kes sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 25,935 kes. 

Sebanyak 71 daripada 240 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,168 kes. 

Sebanyak 985 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 563 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 9,278 orang. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Johor pula mencatatkan kematian dilaporkan 47 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 20 kes diikuti Selangor (41/6), Sabah (38/12), Kuala Lumpur (21/2), Kedah (20/8), Pulau Pinang (18/12), Sarawak (15/8),  Kelantan (14/5), Perak (10/5), Terengganu (7/3), Pahang (4/4), Melaka (4/3),  Perlis (1/1) dan Negeri Sembilan (0/1). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 11,332 kes berbanding semalam, 10,959 kes sekali gus diatasi 14,160 kes sembuh. 

“Kluster komuniti mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sembilan kluster Covid-19 daripada 15 kluster, hari ini, manakala bakinya, kluster tempat kerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN