JKNPP sahkan pesakit 'dakwa diculik' dirawat di ICU HPP kerana keadaan kritikal - Utusan Malaysia

JKNPP sahkan pesakit ‘dakwa diculik’ dirawat di ICU HPP kerana keadaan kritikal

JKNPP mengesahkan pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa menjalani rawatan di ICU Hospital Pulau Pinang masih menjalani rawatan di ICU kerana keadaannya yang kritikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEOERGETOWN: Pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini disahkan masih menjalani rawatan di ICU memandangkan keadaannya yang kritikal serta berisiko menyebarkan wabak Covid-19 sekiranya dibenarkan pulang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Ma’arof Sudin berkata, pesakit berkenaan dimasukkan ke ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

“Pemeriksaan awal menunjukkan pesakit mengalami penurunan tahap oksigen yang sangat membimbangkan dan rawatan terapi oksigen telah dimulakan.

“Namun, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darahnya hanya boleh distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak semalam, tular dalam media sosial mengenai seorang pesakit Covid-19 di ICU HPP yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa menjalani rawatan di wad ICU hospital berkenaan walaupun keadaan kesihatannya stabil.

Menurut beliau, pegawai perubatan pakar perubatan rapi dan ICU telah memaklumkan kepada pesakit dan ahli keluarganya mengenai keadaan pesakit yang berada pada tahap kritikal.

“Pihak hospital juga telah berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya jika dia tidak membenarkan rawatan dijalankan.

“Namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon untuk dibenarkan pulang atas risiko sendiri,” katanya.

Tambahnya, pihak hospital masih memantau dan menempatkan pesakit di ICU walaupun dia enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan memandangkan keadaannya yang kritikal.

Dalam pada itu, katanya, pihak HPP menafikan bahawa pesakit tidak diberi makanan ketika berada di ICU.

“Untuk makluman, pesakit di ICU diberi makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan penghadaman dan mengelakkan berlakunya komplikasi.

“Pihak hospital sentiasa prihatin dan meneruskan pemantauan terhadap pesakit tersebut dan akan berhubung untuk memberi maklumat berkala dengan ahli keluarga pesakit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya