JDT boleh berkuasa sehingga 10 tahun lagi - Utusan Malaysia

JDT boleh berkuasa sehingga 10 tahun lagi

SUASANA di Stadium Sultan Ibrahim ketika JDT 'bermain bunga api' selepas berjaya merangkul trofi Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Kuasa’ Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin hanya mampu bertahan sehingga lima tahun akan datang, namun tidak mustahil mereka boleh mengekalkan keunggulan sehingga sedekad lagi.

Penganalisis sukan, Dr. Pekan Ramli berpendapat, berdasarkan saingan Liga Super musim ini, terdapat beberapa pasukan telah menunjukkan peningkatan dan tanda-tanda untuk bergelar juara, sekali gus mengatasi dominasi JDT.

Begitupun katanya, JDT mampu berkuasa sehingga 10 tahun lagi sekiranya pasukan yang sedang meningkat itu gagal menjaga pemain muda mereka dengan baik, selain tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil.

PEKAN RAMLI

“JDT pada awal musim tidaklah begitu stabil, tetapi selepas mereka mendapatkan Bergson da Silva, segalanya berjalan lancar. Kelebihan JDT, mereka mampu mendapatkan pemain tempatan dan import terbaik.

“Begitupun, kita dah nampak ada beberapa pasukan yang mampu memberikan tentangan kepada JDT, contohnya Kuala Lumpur City. Pasukan kendalian Bojan Hodak antara yang konsisten, cuma mereka banyak seri sahaja (sembilan kali).

“Mungkin dalam tempoh lima tahun lagi, pasukan-pasukan seperti ini boleh mengatasi dominasi JDT. Lagi pun terdapat pasukan yang sudah memberikan pendedahan awal dan membangunkan pemain muda, contohnya Selangor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bermula 2016, skuad Harimau Selatan mengesahkan kejuaraan Liga Super lebih awal berbanding ketika musim 2014 dan 2015 susulan mendapat tentangan hebat masing-masing daripada Selangor serta Pahang.

Mengulas berhubung potensi pasukan lain untuk merangkul Piala Malaysia 2021 yang akan bermula 25 September ini, beliau berkata, Kedah dan Terengganu dilihat mampu menyaingi skuad kendalian Benjamin Mora bagi perebutan gelaran tersebut.

“Saya fikir Kedah boleh membuat kejutan untuk tahun ini. Kalau kita tengok, mereka menduduki tangga kedua Liga Super. Mungkin mereka boleh mara ke pentas akhir.

“Begitu juga Terengganu, mereka sangat baik pada awal musim, namun agak goyah selepas memasuki pusingan kedua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya